Microsoft Word
12 Februari 2018 | Aktiviti TerkiniKelas Microsoft Word telah diadakan pada 11 Februari yang lepas. Objektif utama kelas ini adalah untuk melatih para peserta terutamanya golongan kanak-kanak dengan Microsoft Word. Selain itu, pendedahan seawal usia yang masih kecil juga dapat memahirkan mereka dengan fungsi-fungsi yang terdapat di dalam Microsoft Word, Powerpoint mahupun Excel.
Tugasan yang telah diberikan kepada mereka ialah untuk menjawab soalan-soalan yang telah diberikan menggunakan Microsoft Word. Mereka digalakkan untuk mencari maklumat menggunakan Google. Kelas ini juga dapat melatih jari mereka untuk menaip dengan lebih cepat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: